Menerusi media dailymail baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Firework, Katheryn Elizabeth Hudson atau lebih dikenali sebagai Katy Perry, 28, dikatakan telah memakai gaun rona hitam yang amat ‘daring’ sehingga menampakkan pakaian dalamnya, sewaktu menyusur keluar sebuah bar di Santa Monica.
Katy Perry baru-baru ini turut dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya John Mayer, setelah beberapa bulan keluar bersama. Katy Perry dan John Mayer dilaporkan telah keluar bersama sebagai pasangan kekasih buat pertama kali pada 19 Jun lalu sewaktu di Soho House, West Hollywood.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Katy Perry pernah berkahwin dengan Russel Brand dan mereka telah bercerai pada Disember 2011 yang lalu, setelah 14 bulan mendirikan rumah tangga.
Berikut merupakan beberapa foto ‘daring’ Katy Perry :