Tahukah anda, perempuan kelihatan lebih seksi jika mereka tahu menggayakan fesyen dan menutup aurat? No offence ya.
Dan baru-baru ini, Felixia Yeap atau nama sebenarnya Felixia Yeap Chin Yeelain yang terkenal sebagai model Playboy Bunny dilihat mula mengenakan baju yang menutup aurat seperti baju kurung dan tudung.
Hal ini bukan saja mengejutkan para pengguna Twitter dan Facebook, malah Felixia yang sebelum ini pernah bergambar seksi berbikini, kini dilihat jauh lebih cantik dan menawan apabila berhijab.
Felixia berasa selamat apabila berhijab
Menerusi blognya, Felixia Yeap meluahkan cerita sebenar disebalik perubahan dirinya itu. Gadis berbangsa Cina ini bukan saja merasakan perubahan itu membuatkan dirinya berasa sangat selamat, malah dia mengaku bahawa dirinya terasa lebih istimewa dan dilindungi.
Antara luahan Felixia didalam blog peribadinya
Foto seksi Felixia sebagai model
Felixia sebelum (kiri) dan selepas (kanan)
Malah, Felixia juga percaya harga dirinya jauh lebih bernilai daripada mempamerkan tubuh badannya itu untuk tatapan umum.
Salah satu sebab Felixia berubah juga adalah kerana dia berasa kecewa apabila sesetengah lelaki melihat dirinya sebagai tempat untuk berseronok. Dia juga mengaku merasa kosong dan dipergunakan sepanjang menjadi model yang seksi.
Untuk pengetahuan, Felixia memakai tudung untuk kali pertama sewaktu dia menghadiri sesi ujibakat iklan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Dia kemudiannya mula tertarik dengan gambar pertamanya bertudung sebelum mengambil keputusan untuk berubah sedikit demi sedikit.
Lagi beberapa foto Felixia bertudung selepas ini.