berita

Foto : Dato’ Siti & Suami Bagai Pasangan Baru Bercinta

December 27th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Dato' Siti

Walaupun sudah lebih kurang tujuh tahun mendirikan rumah tangga, namun Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K masih lagi dilihat sebagai pasangan yang sedang hangat bercinta.

Tak percaya? Lihat sahaja foto-foto terbaru yang dikongsikan oleh Siti di laman Instagram miliknya. Sekeping foto berdua dengan sang suami sambil dibayangi cahaya malap dari matahari terbenam cukup membuktikan mereka sedang berbahagia.

Screen Shot 2013-12-26 at 23.43.24

Bukan sahaja keromantisan pasangan ini yang menjadi topik perbualan peminat, malah kemesraan Dato’ Siti dengan anak-anak bujang Datuk K turut mencuri perhatian pengikutnya di laman sosial tersebut.

Walaupun hubungan baik antara Siti dengan anak-anak tirinya sudah lama diketahui umum, namun peminat tetap juga meluahkan rasa gembira setiap kali Siti berkongsi fotonya sekeluarga.

Untuk pengetahuan anda, penyanyi tersohor negara ini telah berangkat ke Phuket, Thailand bersama suami tercinta dan anak-anak pada 22 Disember lepas untuk makan angin sambil meluangkan masa berharga bersama-sama.

Apapun, jom tengok foto-foto percutian Dato’ Siti, Datuk K dan anak-anak mereka di bawah ini. Macam seronok je, kan?

Kredit foto: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×