berita

[FOTO] Dengan Sekali Lafaz, Rody Kristal Bolosi Gawang Hati Niena Azman. Tahniah!

April 28th, 2018 | by faris
Lensa Insta

Gitaris kumpulan Kristal selamat menjadi suami yang sah kepada pilihan hatinya, Nur Izwani Azman atau Niena Azman pada malam Jumaat. Niena yang juga penjaga gol pasukan futsal kebangsaan menjadi isteri Rody hanya dengan sekali lafaz dalam majlis di Hotel Kulai, Johor itu.

Niena menerima mas kahwin sebanyak RM111 serta wang hantaran sebanyak RM11,111.11 daripada suaminya itu.

Sama cantik sama padan dalam persalinan jingga muda

Niena turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran. Pasangan pengantin baru itu diraikan dalam sebuah majlis kenduri di Dewan Raya Kulai, Johor pada Sabtu.

Air mata terharu Niena Azman

Semoga berkekalan sehingga ke syurga

Sumber: LVP.co

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×