berita

Foto : Dynas Bertudung Demi Projek Memikat Suami

October 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Dynas

Baru-baru ini pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar telah berkongsi beberapa foto terbarunya yang dilihat begitu cantik dan ayu bertudung.

Menerusi setiap caption yang dikongsikan, nampaknya imej tersebut merupakan watak lakonannya sebagai Najla untuk drama terbaru berjudul Projek Memikat Suami yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi.

Selain Dynas, barisan pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama itu adalah Emma Maembong dan Watie Elite.

Dynas 2

Melalui ruangan komen foto-foto tersebut, ramai pengikut Dynas berharap agar suatu hari nanti pelakon kesayangan mereka ini akan terus berhijab dan bagi mereka, Dynas kelihatan lebih cantik dengan penampilan ayu seperti itu.

Segala teguran serta nasihat yang diberikan telah diambil secara terbuka dan Dynas juga berharap agar suatu hari nanti segala doa peminatnya itu akan dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Bagaimanapun, untuk semua peminat setia Dynas Mokhtar, jom lihat beberapa foto menarik aktres tersebut sepanjang penggambarannya dalam drama Projek Memikat Suami selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Dynas Mokhtar

SKIP THIS AD ×