berita

Foto: Elfira Loy Dan Nabila Huda Berseronok Di Eropah

August 21st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-08-20 at 18.09.14

Kalau anda pengikut kedua-dua selebriti ini di laman Instagam, mesti anda terpikat dengan gambar-gambar menarik yang dikongsikan oleh mereka sepanjang berada di Eropah.

Bagi yang tidak tahu, Elfira dan Nabila turut bersama pelakon-pelakon lain seperti Betty Rahmad, Bella Daly, Baim Wong, Amar Baharin dan Nazim Othman untuk menjalani penggambaran yang dipercayai di bawah produksi Erma Fatima.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, Nabila dilihat tampil berani dengan berseluar pendek sepanjang berada di sana, al-maklumlah sekarang ini kan sedang musim panas.

Screen Shot 2013-08-21 at 10.38.44

Walaupun begitu, Elfira dan Nabila masih kekal cantik dan trendy di negara orang walaupun sibuk dengan penggambaran yang adakalanya habis agak lewat.

Bagi yang masih belum puas menatap foto yang dikongsikan oleh mereka, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping lagi gambar untuk tatapan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×