berita

Foto : Elfira Loy & Zoey Di Jerman

May 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Elfira & Zoey 9

Amboi, bukan main mesra lagi gambar Elfira Loy dan Zoey ini kan? Dah macam pasangan kekasih pula.

Kalau anda nak tahu, pada 27 Mei lalu Elfira dan Zoey telah terbang ke Munich, Jerman untuk menjalani penggambaran drama terbaru mereka berjudul Demi Dia.

Menerusi laman Instagram milik pelakon genit tersebut, Elfira telah mula memuat naik beberapa foto menariknya sepanjang berada di Jerman untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.

Elfira & Zoey 4

Comel je mereke berdua kan?

Melihat sahaja foto romantis Zoey dan Elfira, kebanyakan peminat telah melahirkan rasa gembira dan tidak kurang juga ada antara mereka berharap agar pasangan ideal ini akan benar-benar bertemu jodoh di luar lokasi penggambaran.

Hmm..kalau mereka berdua bercinta betul-betul pun apa salahnya kan? Dua-dua pun single lagi. Ok sangat la tu :)

Instagram Zoey

Elfira & Zoey 10

Gambar kenangan sebelum terbang ke Jerman

Bagi anda yang masih belum puas menatap foto-foto menarik mereka di Jerman, apa kata kita layan lagi 11 foto selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Elfira & Zoey

SKIP THIS AD ×