berita

Foto : Emma Maembong Anggun Peraga Busana Pengantin

October 3rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

emma

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan Emma Maembong di laman sosial, terutamanya Instagram, pastinya terkejut dan tertanya-tanya sebaik sahaja anda membaca tajuk di atas.

Untuk makluman anda, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah memuat naik dua keping foto dirinya berpakaian pengantin seolah-olah baru selesai majlis persandingan.

Melihat pada suasana di dalam gambar tersebut yang turut dilengkapi pelamin membuatkan ramai berpendapat Emma telah berkahwin secara senyap-senyap. Betulkah?

Screen Shot 2013-10-03 at 10.29.13

Apa yang pasti, foto tersebut diambil sewaktu Emma sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru berjudul Projek Memikat Suami.

Artikel berkaitan:

Namun begitu, kebanyakan peminat yang melihat foto tersebut memuji kecantikan Emma dan berharap perkahwinan pelakon yang semakin popular ini bukan sekadar lakonan.

Screen Shot 2013-10-03 at 10.54.22

Selain daripada Emma, Projek Memikat Suami yang akan disiarkan di saluran Astro Prima juga turut dibintangi oleh Dynas dan Watie Elite. Kalau nak tahu kisah lanjut mengenai drama ini, sama-sama kita tunggu ia ditayangkan nanti, ya?

SKIP THIS AD ×