Akhirnya yang ditunggu sudah tiba. Minggu lalu mesti ramai para gadis yang meraung dek perkahwinan jejaka idaman Malaya, Fahrin Ahmad kan?
Sekarang Mek nak kongsi sikit foto-foto sweet tahap gaban Fahrin dengan isterinya, Elena. Hah! Jangan ada yang ambil emergency leave untuk meraung lagi tau. Hihihi.
Aku ada @elenaeleas lah…
Sabar…Mek belum nak kongsi foto ‘manis’ lagi. Sila tengok kapsyen dulu. Fuh! Dalam hati ini, kami turut merasakan cinta yang sedang hangat membara dalam jiwa Fahrin.
Mentang-mentanglah isterinya pramugari, sempat juga Fahrin berseloroh menggunakan dialog dalam drama #PilotCafe. Cewah, sweet lettew!
Tunaikan Permintaan, Upload Foto Mesra
Pergh!! Manis macam gula pasangan merpati dua sejoli ni. Boleh kena diabetes kami melihatnya. Hehe.
Kalau korang nak tahu, Fahrin memilih Venice untuk destinasi bulan madunya kali ini tau. Wah, beruntung Puan Elena. Walaupun dah selalu ke tempat-tempat indah, rasanya, kota Venice inilah yang paling indah buatnya. Tak gitu?
#FahrinElena
Like A Boss #FahrinElena
So, macam mana? Masih menangis tatap foto honeymoon #FahrinElena? Kami di OHBULAN! mendoakan kebahagiaan yang tak berbelah bagi buat pasangan ini.
Tak sabar pula nak tengok baby #FahrinElena nanti. Sado ke tidak? Hihi