berita

Foto : Faralyna Idris Bercuti Di Pulau Bersama Kekasih Baru?

May 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Faralyna Idris 5

Beberapa jam lalu, pelakon wanita yang terkenal menerusi drama Asmara dan Kisah Kaisara, Faralyna Idris telah memuat naik beberapa foto terbarunya sewaktu bercuti di Pulau Tioman, Pahang.

Menerusi sekeping foto tersebut, Faralyna dilihat sedang memaut mesra bahu seorang jejaka dengan caption tertulis :

Hari ke 274. Well spent. #fa #27

Foto tersebut telah menarik perhatian segelintir peminat, di mana rata-ratanya bertanyakan adakah jejaka tersebut adalah kekasih baru Faralyna dan sekaligus menggantikan tempat bekas teman lelakinya sebelum ini iaitu Hairul Azreen?

Faralyna Idris 18

Faralyna Idris 16

Faralyna disamping kekasih baru

Nampaknya persoalan yang diajukan oleh peminat dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan daripada pelakon tersebut.

Untuk makluman, sebelum ini Faralyna pernah dilaporkan bercinta dengan pelakon drama Setia Hujung Nyawa, Hairul Azreen dan epilog cinta mereka dikatakan berakhir sekitar bulan Februari lalu.

Faralyna Idris 2

Menghayati keindahan alam sekeliling

Sekiranya betul jejaka di dalam gambar itu adalah kekasih baru Faralyna, OHBULAN! harapkan semoga hubungan kali ini akan berkekalan hingga ke peringkat yang lebih serius ya.

Apa pun jom layan beberapa foto Faralyna selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Faralyna Idris

SKIP THIS AD ×