Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sukan kapal layar atau Monsoon Cup, pasti sudah sedia maklum dengan perjalanan sukan tersebut yang berlangsung sejak Isnin lalu di Terengganu bukan?
Justeru itu, sebagai salah seorang peminat sukan air tersebut, pasangan selebriti terkenal, Diana Danielle dan Farid Kamil telah turut terbang ke negeri pantai timur itu semata-mata untuk menyaksikan sukan berprestij berkenaan.
Melalui foto-foto yang dikongsikan, Diana kelihatan begitu teruja sewaktu menyaksikan pertandingan Monsoon Cup 2013 dan kegembiraan tersebut turut diluahkan menerusi caption yang dikongsikan di laman sosialnya berbunyi :
#MonsoonCup I’m beginning to like this very much.
Had a lovely time #monsooncup. This was when they were just about to start the race.
Diana sewaktu berada di Pasar Kedai Payang
Sepanjang berada di sana, nampaknya Diana turut berpeluang melawat beberapa tempat menarik sekitar negeri itu. Antara salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong dari dalam serta luar negara, Pasar Kedai Payang.
Ketika berada di negeri tersebut, rata-rata peminat mencadangkan agar aktres itu mencuba beberapa makanan menarik di negeri mereka, seperti keropok lekor serta steamboat D’ganu yang terletak di Pulau Duyung.
Bagi semua peminat Diana dan Farid, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik pasangan romantis tersebut sepanjang berada di Terengganu untuk tatapan anda semua. Jom layan.
Kredit Foto : Instagram Diana Danielle & Farid Kamil