berita

Foto : Farid Hadiahkan Gitar Untuk Diana

November 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Farid Kamil

Tak sangka rupanya Farid Kamil ini seorang yang romantik. Pada sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang lepas, Farid telah membawa Diana Danielle menikmati makan malam bertemakan cahaya lilin di tepi pantai.

Dan baru-baru ini pula, Farid telah membelikan sebuah gitar sebagai hadiah hari lahir buat isterinya yang jatuh pada 22 November lalu.

Apa yang menarik, Farid berkongsi gambar gitar tersebut di laman Instagram miliknya berserta caption yang dikira sangat sweet pada pandangan kami.

Screen Shot 2013-11-25 at 13.25.19

Selamat Hari Lahir Combee ku @dianadanielleb cayang… Semoga Allah swt terus merahmati hidupmu di dunia serta akhirat Amin dari Suamimu

Meskipun hadiah tersebut agak luarbiasa untuk diberikan kepada birthday girl, namun Diana kelihatan gembira di atas pemberian sang suami dan nekad mahu mengasah bakatnya bermain gitar selepas ini.

Apapun, jom tengok gambar gitar tersebut dengan lebih dekat di bawah ini.

SKIP THIS AD ×