berita

Foto : Fasha Sandha Bawa Anak Berniaga

July 15th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

fasha Sandha 1

Ramadhan merupakan bulan paling sesuai untuk menjana pendapatan lebih terutama bagi mereka yang sememangnya kaki berniaga dan mempunyai kepakaran dalam menyediakan masakan istimewa untuk dijual.

Nampaknya peluang yang ada ini turut diambil oleh pelakon dan model terkenal, Fasha Sandha.

Menerusi laman Instagram milik pelakon wanita tersebut, Fasha dilihat telah membawa putera sulungnya, Rayfal untuk sama-sama membantu ibunya berniaga dan dalam masa yang sama, aktres jelita ini turut memaklumkan bahawa masakan istimewa yang dijual adalah laksa utara.

#putrarayfalramli temankan ibu tolong Nanny berniaga di bulan Ramadhan. seronoknya.. dari kecil belajar cari rezeki. Alhamdulillah, murah rezeki nanny. Amin. ???? Nanny juga menerima tempahan katering. Menu sedap nanny adalah laksa utara dan macam2 lagi. Terima kasih :) selamat berpuasa from #putrarayfalramli ????

fasha Sandha 11

Fasha bawa Rayfal bantu ibu berniaga

Wah, bagus Fasha kan? Dalam sibuk menjaga anak dan berlakon, masih lagi sempat meluangkan masa untuk membantu ibunya berniaga.

Melalui respon peminat dilaman sosial tersebut, ada antara mereka yang memuji masakan ibu Fasha dan melahirkan rasa puas hati atas layanan mesra yang telah diberikan.

Fasha Sandha

Sementara Fasha dan ibunya sibuk berniaga di bulan Ramadhan, apa kata anda layan beberapa foto terbaru pelakon wanita tersebut bersama anak sulungnya, Putera Rayfal selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×