berita

Foto : Fasha Sandha Kembali Ke Set Penggambaran

June 12th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Fasha Sandha 8

Setelah lama berehat, akhirnya Fasha Sandha kembali semula ke set penggambaran untuk drama terbaru lakonannya berjudul Tentang Hati.

Pelakon berbakat ini telah mula menjejakkan kaki ke set penggambaran sejak 10 Jun lalu, dan menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh aktres jelita tersebut, nampaknya Fasha bakal bergandingan dengan Aaron Aziz serta Rusdi Ramli untuk cerita terbarunya yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Feroz Kadir.

Fasha Sandha 7

Bergandingan dengan Aaron Aziz untuk drama Tentang Hati

Selepas sebulan lebih berpantang, kini bentuk badan Fasha telah kembali langsing seperti sediakala dan pelakon itu juga kelihatan semakin jelita dan berseri-seri.

Menurut respon peminat di laman Instagram, ramai yang memuji penampilan terkini Fasha dan juga bayi comelnya, Putra Rayfal.

Fasha Sandha

Fasha Sandha 6

Hari pertama Fasha di set penggambaran

Bagi peminat yang masih belum puas menatap wajah jelita Fasha bersama puteranya, apa kata anda layan beberapa foto terkini Fasha selepas ini.

Untuk makluman, Fasha Sandha telah selamat melahirkan putera sulungnya, Putra Rayfal pada 15 April lalu.

Kredit Foto : Instagram Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×