berita

Foto : Fiffy Natasya Dedah Kekasih Hati?

November 21st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Fiffy Natasya

Jika sebut nama pelakon genit ini, OHBULAN! pasti anda masih kurang mengenalinya bukan? Mula menempa nama menerusi rancangan kanak-kanak seawal usia 7 tahun, Fiffy Natasya atau nama sebenarnya Fiffy Natasya Binti Suhaimi dilihat jarang menghiasi kaca televisyen setelah drama lakonannya berjudul Vanilla Coklat tamat.

Mengintai perkembangan artis tersebut, Fiffy Natasya dilihat kerap memuatnaik foto mesranya bersama seorang jejaka yang lengkap dengan uniform pilot. Adakah jejaka itu kekasih Fiffy?

Menerusi laman Instagramnya, setiap baris perkataan yang ditulis memberi maksud kebahagiaan yang sedang berputik dihati pelakon ini dan kami dapat rasakan hubungan mereka sudah lama terjalin bersama.

20

Luahan pengguna laman Instagram

Spekulasi ini dikuatkan lagi dengan caption gambar di laman Instagramnya yang berbunyi “This is my sepet,my love,my gedik,my pooh,my Teddy Bear.Take care shayang. P/s:jgn gedik3.ramai kawaii sane tuu, safe journey to japan cinta”.

Apa-apa pun, jika benar Fiffy Natasya sudah mempunyai kekasih, OHBULAN! doakan agar hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

Untuk pengetahuan, Fiffy Natasya kini sedang sibuk mempromosikan drama terbarunya iaitu Ema Emyliana lakonan bersama Eyka Farhana. Mari layan foto-fotonya bersama jejaka ini :

SKIP THIS AD ×