berita

Foto: Gaun Perkahwinan Kelly Clarkson Lebih Sopan?

October 22nd, 2013 | by Ai
Hollywood

kellyclarkson

Pada 20 Oktober 2013 yang lepas, penyanyi Kelly Clarkson secara rasmi telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang duda anak dua, Brandon Blackstock.

Pasangan yang telah bertunang sejak bulan Disember 2012 ini pernah merancang untuk berkahwin lari selepas rancangan perkahwinan mereka tersebar di media.

Kelly bagaimanapun membuat keputusan untuk mengadakan majlis kecil-kecilan yang tertutup di Blackberry Farms, Tennesse. Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat termasuk anak-anak suaminya.

Screen Shot 2013-10-22 at 11.53.57

Namun apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah gaun perkahwinan Kelly kelihatan sangat cantik dan dikira agak sopan untuk seorang selebriti Hollywood.

Menurut satu laporan portal, gaun berenda dari Temperly itu dikhabarkan bernilai US$7,015 yang mana kalau ditukar kepada wang ringgit Malaysia berjumlah lebih kurang RM22 ribu.

Sehari selepas bergelar isteri, Kelly telah memuat naik gambar perkahwinannya di Twitter berserta caption yang mengesahkan dia kini sudah berkahwin.

Screen Shot 2013-10-22 at 12.28.07

Menurut penyanyi itu juga, dia dan suami sudah tidak sabar untuk menimang cahayamata memandangkan usianya kini semakin lanjut.

Apapun, jom tonton MV Tie It Up nyanyian Kelly Clarkson yang telah dirakam beberapa bulan sebelum dia berkahwin. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×