berita

Foto : Giliran Nurul Wahab Adakan Baby Shower

September 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Nurul Wahab 15

Acara menyambut kelahiran bayi pertama atau lebih dikenali sebagai baby shower nampaknya kian menjadi trend di kalangan selebriti tempatan.

Jika sebelum ini pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Izreen Azminda pernah mengadakan majlis tersebut, kini tiba giliran Nurul Wahab pula mengadakan acara yang serupa.

Memilih eleman cowboy sebagai tema rasmi majlis, baby shower penyanyi tersebut kelihatan sangat meriah dengan kehadiran rakan artis dan rata-ratanya berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan.

Amboi..bukan main bergaya lagi para selebriti ini kan? Semuanya mempunyai topi dan kasut but masing-masing.

Nurul Wahab 7

Bersesuaian tema yang dipilih, OHBULAN! tertarik dengan kek yang ditempah khas dari Bread and Butter by Erin, di mana kek yang direka ala topi cowboy itu kelihatan sangat unik dan menarik.

Bagaimanapun, untuk semua peminat Nurul, jom layan video serta beberapa foto menarik penyanyi tersebut selepas ini.

Sekadar rujukan, sebelum ini Nurul pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan komposer terkenal, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada tahun 1996. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan puteri tunggal,  Ayu Nazirah, 15.

Nurul kemudiannya bernikah dengan Eric Daniel Depp pada Jun 2012.

Kredit Foto & Video : Instagram Nurul Deep, Noryn Aziz, Daphne Iking & Dynas Mokhtar

SKIP THIS AD ×