berita

Foto: Hadiah Awal Ashaari Buat Scha Alyahya

May 31st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Schawal

Semalam bersamaan 30 Mei, Scha Alyahya telahpun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 30. Tapi yang paling menariknya ialah usaha Awal untuk meraikan isteri tercintanya itu.

Melalui laman Keek milik Awal, pelakon dan pengacara itu telah memuat naik beberapa video menunjukkan betapa semangatnya dia untuk menyediakan kek hari jadi sebiji macam apa yang Scha idamkan.

Menurut Awal, dia telah pergi ke pelbagai kedai tapi masih tak menjumpai kek yang dimahukan Scha hinggalah dia mendapat idea untuk menghias kek itu sendiri.

Sebelum ini Scha pernah kata dia nak kek yang ada coklat M&M di atasnya dan KitKat di tepi kek. Puas saya mencari tapi tak jumpa. So saya beli kek, KitKat, dan M&M untuk buat sendiri kek yang macam Scha nak.

Comel sungguh bila Awal beriya-iya nak membahagiakan isterinya ni kan? Selain dari itu, Awal juga menghadiahkan sebuah motosikal skuter berwarna pink kepada Scha sebagai hadiah hari jadi.

Schawal 2

Scha bersama hadiah hari jadinya

Untung Scha dapat suami penyayang dan pandai menghargai macam Awal Ashaari. Semoga kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Jom tengok beberapa keping gambar bersempena hari lahir Scha semalam dan video Keek Awal Ashaari.

SKIP THIS AD ×