Bertuah sungguh pasangan selebriti ni. Siapa sangka Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selama ini berahsia menyembunyikan kisah cinta mereka, kini semakin berani dan terbuka berkongsi segala persiapan perkahwinan.
Kami rasa dalam masa beberapa bulan ni, Hairul dan Keknis cuma menghabiskan masa menjelajah beberapa buah negara untuk mencari idea sempena majlis perkahwinan mereka tak lama lagi.
Cari Baju Kahwin Pula Ke?
Korang bayangkan, beli cincin di Dubai, sesi photoshoot pra-perkahwinan di Paris, dan yang terbaru ke Jakarta pula mencari fabrik sesuai untuk busana pengantin. Confirm meletop wedding diorang ni nanti.
Laces ideas #BrideGuide A photo posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Dubai-London-Paris-Jakarta
Sebelum ni kita dapat lihat pasangan bercinta ni ke Dubai, London dan Paris bersama keluarga Keknis, kan? Tapi kali ini, bakal pengantin menghabiskan masa bersama keluarga Hairul pula di Jakarta.
Kiranya sambil menyelam minum air, sambil bercuti boleh eratkan hubungan kekeluargaan. Bagus pendekatan ni.
Bagi yang belum berkesempatan melihat video proses penggambaran pra-perkahwinan Hairul dan Keknis di Paris tempoh hari, korang boleh tengok kat bawah ni. Manis sekali!