berita

Foto: Hatta Dolmat Bakal Terima ‘Anugerah Pereka Paling Popular ABPBH 2012’

December 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahniah diucapkan bagi pereka fesyen, Hatta Dolmat yang bakal menerima ‘Anugerah Pereka Paling Popular ABPBH 2012″ pada 26 Disember ini.

Beliau berjaya memenangi anugerah ini apabila baju rekaannya yang dipakai oleh selebriti, Erra Fazira pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lepas telah mendapat undian tertinggi dari peminat. Hatta sekaligus mengalahkan beberapa lagi rakan-rakan pereka fesyen yang lain seperti Calvin Thoo, Hazwani Osman, Ezuwan Ismail, Ched Det, Wanpa, Zery Zamri dan juga Rizman Ruzaini.

Menerusi laman Instagram-nya, Hatta mengucapkan terima kasih pada peminat yang telah mengundinya dan turut memanjatkan rasa bersyukur.

“ALHAMDULILLAH! 26dec 2012 ini Hatta akan terima ANUGERAH PEREKA PALING POPULAR ABPBH 2012 di Rafflesia Pearl Centre Kuala Lumpur, TERIMA KASIH yang tak terhingga buat semua yang UNDI rekaan HATTA untuk selebriti ERRA FAZIRA., Alhamdulillah syukur pada Allah., terima kasih.”

Majlis pemberian anugerah akan diadakan pada 26 Disember ini bertempat di Rafflesia Pearl Center Kuala Lumpur dimana pemenang akan dianugerahkan wang tunai berjumlah RM10 ribu dan sebuah trofi.

SKIP THIS AD ×