berita

Foto: Hazama Makin Selesa Dedah Kekasih Baru?

October 7th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-06 at 21.47.18

Sejak awal bulan lepas, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan seorang pemuzik terkenal bernama Genervie Kam.

Hubungan mereka berdua menjadi perhatian apabila ada khabar angin mengatakan Genervie merupakan orang ketiga yang memisahkan Hazama dengan bekas kekasih yang telah dikenali selama tujuh tahun.

Hazama pula tampil memberi kenyataan menjelaskan hubungannya dengan pemuzik berusia 33 tahun itu mula terjalin rapat selepas dia putus cinta.

Jika sebelum ini Hazama menyembunyikan identiti bekas kekasihnya, namun penyanyi yang popular menerusi lagu Penglipur Lara ini dilihat lebih selesa berkongsi kisah cinta terbarunya dengan peminat.

Hubungan yang selama ini dikatakan dalam proses mengenali hati budi nampaknya semakin rapat apabila Hazama telah berkongsi dua keping foto bersama Genervie di Instagram.

Screen Shot 2013-10-06 at 21.45.50

Screen Shot 2013-10-06 at 22.45.05

Foto-foto itu terus mendapat perhatian peminat hingga ada yang mengatakan Hazama dan Genervie merupakan pasangan yang comel dan kelihatan sangat sesuai bersama.

Untuk pengetahuan anda, keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang hubungan yang terjalin walaupun mereka berlainan agama dan berbeza umur.

Hazama yang empat tahun lebih muda dari Genervie mengakui kematangan wanita itu dalam memberi nasihat sering membuatkannya ingin menjadi insan yang lebih baik.

Kredit foto: Instagram Hazama

SKIP THIS AD ×