berita

Foto (Hi-Res) Selebriti Sekitar Shout Awards 2013

November 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

SHO_8365_edited

Sekitar jam 5.30 petang tadi telah berlangsungnya acara karpet merah untuk anugerah yang penuh havoc, Shout Awards 2013 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Secara umumnya, Shout Awards merupakan anugerah yang mengiktiraf pemenang daripada hasil undian peminat dan ianya mempertandingkan lima kategori utama seperti Muzik, TV & Filem, Radio, Works dan Social Media.

Jika tahun lepas pihak penganjur telah memilih konsep Beach Party sebagai tema rasmi mereka, maka untuk tahun ini pula, konsep yang cuba ditonjolkan adalah lebih kepada elemen futuristik terhadap alam sekitar iaitu Cyber Eco.

SHO_8210_edited

Untuk acara malam ini, penonton bakal dihiburkan dengan artis-artis terkenal tanah air seperti Joe Flizzow, Najwa Latif, kumpulan Manifesto, Salammusik, Vince Chong serta penyanyi antarabangsa, Shean Filan.

Dengan itu, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik sekitar acara karpet merah yang sempat lensa kami rakamkan khas untuk tatapan anda semua. Jom layan!

SKIP THIS AD ×