berita

[FOTO] Ibu Neelofa Zaman Muda Curi Tumpuan Netizen, Harimau Pun Nangis Tengok Ni!

January 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sebelum ini, nama ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menjadi bualan netizen gara-gara isu cap dagang ‘trademark’ Daging Harimau Menangis yang diusahakan olehnya. Meskipun pelbagai kecaman telah diterima, Kartini sentiasa tabah dan didakwa bertindak membatalkan permohonan tersebut.

Artikel berkaitan: Demi Melindungi Jenama, Akhirnya Ibu Neelofa Batal Permohonan ‘Trademark’ Harimau Menangis

Artikel berkaitan: Netizen Tak Setuju Ibu Neelofa Daftar ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis

Artikel berkaitan: Individu Dakwa Ibu Neelofa ‘Ambil’ Resepi Daging Harimau Menangis Dari Sebuah Restoran Terkenal

Terbaru, Nur Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, telah memuat naik beberapa keping foto ibunya ketika zaman muda remaja di Instagram Story. Perkongsian tersebut berjaya mencuri tumpuan netizen kerana kapsyen yang ditulisnya itu didakwa ada kaitan dengan produk yang diusahakan oleh ibunya itu.

Lawanya!

Menerusi perkongsian tersebut, Datin Noor Kartini kelihatan anggun dan bergaya persis model sewaktu zaman muda remaja. Meskipun foto yang dikongsikan itu bewarna hitam dan putih, busana dan aksesori yang digayakan pada masa tersebut turut menyerlah. Sekali pandang muka Neelofa saling tak tumpah macam ibunya pada masa ini kan!

Menangis ke tak menangis?

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Ameera, gadis ini dipercayai ‘melawak’ dengan ibunya. Ini kerana, dia mendakwa kejelitaan mamanya itu mampu membuatkan harimau menangis sekiranya haiwan tersebut melihat foto yang dikongsikan itu.

Sumber: Ameera Khan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×