berita

Demi Melindungi Jenama, Akhirnya Ibu Neelofa Batal Permohonan ‘Trademark’ Harimau Menangis

January 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, menjadi perbualan dan perdebatan netizen di media sosial mengenai isu cap dagang ‘trademark’ Daging Harimau Menangis yang diusahakan oleh ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini. Dia sebelum ini mendakwa sudah mendaftarkan dan mempunyai hak ekslusif ke atas cap dagangan Harimau Menangis meskipun pihak MyIPO belum memutuskan kelulusan permohonan tersebut.

Artikel berkaitan: Netizen Tak Setuju Ibu Neelofa Daftar ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis

Artikel berkaitan: ‘Tak Halang Mana-Mana Pihak Jual Produk Sama Selagi..’ – Pihak Ibu Neelofa Respon Isu Trademark

Artikel berkaitan: ‘Jenama Harimau Menangis Belum Diluluskan..’ – Ibu Neelofa Diminta Tidak Dahului Keputusan MyIPO

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Noor Kartini didakwa telah membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Batalkan permohonan ‘trademark’

Kata Noor Kartini, permohonan cap dagang ‘Harimau Menangis’ akan dibatalkan dalam masa terdekat. Dia juga memohon maaf dengan tindakannya yang telah mencetuskan ketidakpuasan hati ramai pihak sebelum ini.

Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan. Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan.

Percaya pada rezeki

Tambahnya lagi, dia mengakui tiada niat untuk menutup punca rezeki sesetengah pihak yang turut menjual produk makanan tersebut.

Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT. Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×