berita

Foto: Izara Aishah Seksi Dalam Pilot Cafe Kerana Terpaksa

April 20th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-04-20 at 12.53.20 PM

Hmm, situasi Izara Aishah ini boleh kami gambarkan sebagai ‘kerana terpaksa aku relakan’. Nak tahu kenapa?

Ini kerana Izara dikatakan terpaksa berpakaian seksi demi menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Kami dengar, Izara sendiri tak selesa melihat dirinya seksi sebegitu.

Seksi Kerana Permintaan Produksi

Screen Shot 2015-04-20 at 12.52.32 PM

Semuanya kerana filem lakonan Izara yang bakal menembusi panggung iaitu Pilot Cafe. Menurut laporan Malaysian Digest, Izara sendiri mengakui dia berpakaian seksi dalam filem tersebut kerana terpaksa mengikut kehendak poduksi.

Bila saya tonton semula lakonan saya dalam Sejoli, saya mula sedar dan berasa tidak selesa. Jadi, sekarang saya letakkan syarat tidak mahu tampil dengan pemakaian yang terlalu terdedah.

Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi.

Kekasih Saya Faham Bidang Kerja – Izara

Screen Shot 2015-04-20 at 12.54.57 PM

Beruntung Izara kerana mempunyai kekasih yang sangat memahami. Katanya, buah hatinya itu faham akan skop kerja Izara.

Namun, dari segi lakonan pula saya tidak letak syarat apa-apa. Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon.

Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan.

Cakap pasal Pilot Cafe, tak sabar nak tengok lakonan Izara, Neelofa dan Fahrin Ahmad. Legend kot novel ni dulu.

SKIP THIS AD ×