Setiap hari pasti ada saja kemalangan berlaku. Terutama apabila hari hujan. Hmm, mungkin keadaan permukaan jalan yang licin menjadi faktor utama kemalangan berlaku kot.
Ish, sebut tentang kemalangan ni, semalam kami ternampak sekeping foto yang dimuat naik oleh Jep Sepahtu di laman Instagram miliknya.
Dengar cerita, Jep kemalanan kereta!
Mini Cooper Accident?
Jika dilihat pada kapsyen, kami positif bahawa kenderaan ini milik Jep. Iyalah, dah namapun Instagram Jep, takkan dia nak upload foto kereta Shuib pula kan?
Kalau korang perhatikan, bengkok rim kereta Jep. Nampak seperti langgar lubang pun ada kerana tayar habis pancit. Fuh! Nasib baik bumper tak barai dan yang paling penting Jep selamat.
Dalam pada itu, ramai juga yang sibuk meneka kenderaan jenis apa yang Jep pandu. Ada yang kata Mini Cooper, betul ke?
Shuib Syukur Jep Selamat
Apabila kami scroll ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Jep. Yang paling menarik perhatian kami adalah pesanan dari Shuib.
Tersentuh kejap melihat keakraban dua sahabat ini! Apapun, bersabarlah Jep.