Jijik dan kotor, itulah perkataan sesuai digambarkan selepas melihat foto-foto di sebuah kilang roti. Lebih menjijikkan kilang tersebut turut menggunakan air tandas sebagai sumber utama dalam menghasilkan makanan itu.
Malah, menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lantai premis berkenaan juga didapati basah serta kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan berdaki hitam.
Penuh najis tikus
Kilang roti tersebut diarah ditutup serta merta selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat pemeriksaan semalam. DBKL dalam kenyataan lain, memaklumkan pemeriksaan dilakukan enam anggota itu mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan dengan bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai.
Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan juga dalam keadaan kotor dan usang. Terdapat juga kesan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah di kilang terbabit, manakala 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing mempunyai suntikan tifoid.
DBKL turut mengeluarkan perintah penutupan premis itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa esok.
Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.
Operasi ke atas peniaga Indonesia
Dalam perkembangan berasingan, DBKL turut menyita dan meroboh dua gerai perniagaan yang dikendalikan peniaga Indonesia di Jalan 1/23E Taman Setapak Indah dan Jalan Jernai 1 semalam.
Operasi membabitkan 16 anggota itu bermula pada 11 pagi dengan menguatkuasakan tindakan mengikut UUK3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016. Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL.
Ekoran kes ini, pihak DBKL berharap agar orang ramai dapat memberi aduan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL jika ada maklumat mengenai warga asing yang mengendalikan aktiviti perniagaan.
Jijik dan kotor!
Sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)