berita

Foto : Julia Perez Tidak Seksi Lagi?

November 19th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Jupe

Sebut sahaja nama Julia Perez atau Jupe, pasti ramai yang mengaitkan pelakon itu dengan gelaran artis paling seksi dan kontroversi di Indonesia kan?

Namun begitu sewaktu bercuti bersama keluarganya Jumaat lepas, Jupe dilihat telah mengurangkan penampilan seksinya, di mana dia tidak lagi memakai bikini seperti percutian sebelum ini.

Melalui perkongsian foto tersebut, Jupe telah menutupi bahagian tubuhnya dengan selendang berwarna hitam dan skirt berwarna putih.

Walaupun begitu, para peminat semua jangan salah faham pula ya. Mungkin untuk kali ini ini sahaja Jupe tidak berpenampilan seksi kerana menghormati ahli keluarganya yang bercuti pada waktu itu.

Ini kerana, meneliti setiap foto di laman sosial Jupe, aktres tersebut dilihat masih lagi mengekalkan imej seksinya sewaktu mengadakan persembahan majlis makan malam untuk sebuah syarikat perbankan terkenal di Bali.

Jupe 6

Jupe bersama anak buahnya, Kimora sebelum berlepas ke Bali

Jika diteliti setiap foto-foto percutain aktres tersebut, nampaknya Jupe terlalu rapat dengan anak buahnya yang dikenali sebagai Kimora, 9 bulan.

Melihat kemesraan mereka berdua, ramai pengikutnya melahirkan rasa kagum dengan pelakon tersebut dan menyifatkan Jupe sebagai seorang yang bersifat keibuan sehingga memanggilnya dengan gelaran Mamita.

Ingin lihat sejauh mana sifat keibuan yang terdapat dalam diri Jupe? Jom kita lihat beberapa foto percutian mereka selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Julia Perez

SKIP THIS AD ×