berita

Foto : Kalah Bertaruh, Sir Richard Branson Jadi Pramugari Air Asia

May 12th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Sir Richard Branson

Pada yang mengikuti isu dan perkembangan pemilik syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes, kami yakin anda mesti sudah tahu kenapa Sir Richard Branson memakai uniform Air Asia dan menjadi pramugari pada hari ini.

Untuk yang tidak tahu, Sir Richard Branson, 62, adalah pemilik Virgin Atlantic Airways dan pada tahun 2010, beliau dan Tony Fernandes telah bertaruh dalam satu perlumbaan Formula One Grand Prix yang berlangsung di Abu Dhabi.

Dalam pertaruhan itu, Tony Fernandes yang juga merupakan pemilik kumpulan Lotus Racing telah berjaya mengalahkan pelumba Virgin Racing yang dimiliki oleh Sir Richard Branson. Melalui perjanjian mereka, sesiapa yang kalah terpaksa menjadi pramugari untuk syarikat penerbangan lawan.

Sir Richard Branson melalui laman Twitternya turut menulis, “Getting a lift from my new boss for the day.”

Screen Shot 2013-05-12 at 3.18.52 PM

Nampaknya, hari ini benar-benar menjadi sejarah apabila Sir Richard Branson mengotakan janjinya. Dia bukan saja memakai uniform Air Asia, malah lelaki keempat terkaya di United Kingdom (Forbes 2012) ini juga turut mencukur bulu kakinya. Menarik kan?

dc77cff6ba4111e29a5722000a9f3079_7

Mari tengok beberapa keping lagi gambar Sir Richard Branson dengan uniform pramugari Air Asia selepas ini.

SKIP THIS AD ×