berita

Foto : Kandungan Mencecah 32 Minggu, Linda Hashim Teruja Sambut Anak

February 26th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen-Shot-2014-02-25-at-4.23.51-PM

Terpancar wajah kegembiraan pasangan bahagia Linda Hashim dan Beego yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, kandungan Linda kini sudah berusia 32 minggu, namun, dalam kesibukan membuat pelbagai persiapan bagi menyambut kehadiran orang baru, dia sempat mengabadikan foto kenangan sebelum kelahiran bayinya.

Melalui laman sosial Instagram milik Linda sendiri, dia telah menggunakan khidmat jurugambar professional untuk merakamkan saat indah bersama suami tercinta.

Linda Beego

Nampaknya, Linda juga tidak ketinggalan dalam merakamkan saat-saat indah bersama suami dan bakal cahaya mata seperti aktress-aktress jelita yang lain.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini telah memilih pantai Morib sebagai lokasi utama dan menggunakan warna putih sebagai tema berlatarbelakangkan alam semulajadi.

Linda BeegoLebih menarik, walaupun Linda sedang sarat mengandung, foto-foto yang diambil kelihatan cukup cantik dan segar hingga menjadikan penampilan Linda kelihatan eksklusif, menawan dan semakin berseri-seri.

Kepada anda yang masih belum lagi lihat foto yang dimaksudkan, mari lihat sini.

SKIP THIS AD ×