Setelah genap 42 hari berpantang, kini penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka, Nurul Wahab telah kembali aktif di pentas nyanyian.
Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, Nurul dilihat telah mula berkongsi beberapa foto terbarunya sewaktu mengadakan persembahan di majlis makan malam, anjuran pusat membeli belah, KL SOGO, malam semalam.
Artikel Berkaitan :
Berkongsi lebih lanjut mengenai kemunculan pertamanya itu, Nurul akui setelah hampir empat bulan berehat, dia memerlukan masa yang agak lama untuk mengasah semula skill nyanyiannya.
4 bulan tak menyanyi – naik berkarat jugalah.. Hanya dengan warm up boleh membantu. Nasib baik dulu belajar dengan Cikgu Siti Hajar. Tahu lah juga menggunakan teknik dan bagaimana nak warm up. Kalau tak, habislah aku! Aku banyakkan latihan untuk pernafasan. Haru biru juga jadinya! Hahhaa…
Nurul kembali langsing seperti sediakala
Dalam pada itu, meneliti setiap foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Nurul telah kembali langsing seperti sediakala dan perubahan tersebut turut disedari oleh segelintir pengikut laman sosialnya.
Namun begitu, Nurul akui buat masa ini dia masih belum mencapai berat badan yang ideal dan berazam untuk menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 10kg dengan bantuan produk kesihatan yang dipilih.
Apa pun, untuk semua peminat yang rindukan kemunculan Nurul Wahab, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video serta beberapa foto terbaru penyanyi itu untuk tatapan anda semua.
Kredit Foto : Blog & Instagram Nurul Wahab