berita

Foto : Kereta Audi Plat Unik Milik Tasha Shilla?

July 17th, 2012 | by M
Kini Trending

Ruangan gosip Cari sekali lagi menerjah sebuah kereta berjenama Audi A5 Cabriolet yang mempunyai sebuah no plat unik, TASH4 dipercayai adalah milik aktres terkenal, Tasha Shilla.

Berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269 000! Reka bentuk aerodinamik dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI bisa membuatkan pemiliknya kelihatan lebih seksi dan menyakinkan.

Baguslah, usaha dan kerja keras Tasha Shilla dalam bidang lakonan kini sudah nampak hasilnya. Tak salah rasanya untuk pelakon yang baru sahaja merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular memiliki kereta sehebat ini. Kalau kami pun, mesti mengidam nak bawa juga!

Sebelum ini, Tasha Shilla mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang suka bertukar-tukar kereta. Daripada Proton Satria, Perodua Kembara, sehingga ke kereta jenis Mitsubishi Pajero.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×