berita

Foto : Kes Rogol Melibatkan Zatul & Mohd (Mentor)

April 9th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Zatul Mentor

Susulan daripada kes rogol yang melibatkan penyanyi, Mohd (Mentor) anak didik kepada Ziana Zain awal Februari lalu, seorang penyanyi wanita, iaitu Zatul yang juga anak didik kepada Fauziah Ahmad Daud yang sebelum ini dikatakan menjadi mangsa rogol penyanyi lelaki tersebut telah tampil untuk memberikan penjelasan.

Menurut Zatul, atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut dan mengambil tindakan untuk menyerahkan segala kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.

Memandangkan sebelum ini Mohd pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya difitnah oleh penyanyi wanita berkenaan, akan tetapi Zatul telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan menganggap perkara tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kesan terhadap dirinya.

Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini.

Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen. – Ujar Zatul menerusi laporan mStar Online.

Bagi anda yang tidak berapa kenal dengan penyanyi wanita tersebut, di sini kami selitkan beberapa foto Zatul sebagai rujukan :

Kredit Foto : Facebook Zatul Mentor 6

SKIP THIS AD ×