berita

Foto : Khairul Fahmi Cedera Kemalangan Kereta

August 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Satu berita yang mengejutkan, 25 Ogos lepas Khairul Fahmi dikhabarkan telah mengalami kemalangan kereta. Berita ini telah dikeluarkan melalui akaun Twitter rasmi Astro Awani.

Menurut Awani, Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan telah mengalami kemalangan ini di Kampung Badak, Bachok.

“Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat cedera dalam kemalangan selepas kereta dipandunya terbabas di Kampung Badak, Bachok, tengah malam tadi,” akaun Twitter rasmi Astro Awani.

Menerusi laman Facebook rasmi Kelantan FA pula, sekeping foto telah dimuatnaik dan ia menunjukkan sebuah kereta Audi yang dikatakan milik Khairul Fahmi yang terlibat dalam kemalangan.

Khairul Fahmi dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami luka-luka kecil.

SKIP THIS AD ×