Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi atau Apex baru-baru ini telah berkongsi gambar terbarunya menunjukkan ‘baby bump’ yang kian membesar.
Melalui foto-foto lain yang dikongsikan Leuniey di Instagram, terdapat segelintir peminat membuat andaian bahawa bayi yang dikandung Leuniey adalah perempuan dek kerana wajahnya yang kurang berseri sejak akhir-akhir ini.
Tidak pasti sama ada andaian itu boleh diterima pakai ataupun sebaliknya namun tidak dinafikan bahawa Leuniey kelihatan sedikit berisi dari biasa dan wajahnya kelihatan sembab.
Biasalah kalau sudah mengandung, pastinya perubahan fizikal akan terjadi kepada si ibu, betul tak? Walaupun begitu, isteri kepada Apex ini masih kekal cantik dan tetap pandai bergaya sepanjang kehamilannya.
Untuk pengetahuan anda, Apex dan Leuniey telah selamat bergelar suami isteri pada 28 Disember 2012 di dalam satu majlis yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.
Bagi yang belum puas melihat gambar terkini Leuniey dan Apex, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping lagi foto untuk tatapan anda. Semoga terhibur!