Baru sahaja beberapa hari lepas Lisa terbang pulang ke Malaysia selepas menjalani penggambaran untuk sebuah drama terbaru di London.
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa aktres ini merindui suaminya, Yusry sepanjang berada di perantauan kerana sering meluahkan perasaannya buat suami tercinta di laman sosial.
Artikel berkaitan:
Dan nampaknya pasangan ini telah mengambil peluang untuk terbang ke Vietnam pula. Berkemungkinan bagi melepaskan rindu sambil makan angin. Mana tahu, kan?
Bagaimanapun, Lisa dan Yusry tidak berdua sebaliknya turut membawa ibu-ibu mereka menyertai percutian tersebut. Melalui foto di bawah, dapat dilihat hubungan yang sangat mesra antara Lisa dan ibunya bersama ibu Yusry.
Dan jika melihat kepada foto-foto yang dikongsikan, peminat dapat menilai kasih sayang antara Lisa dan Yusry masih kelihatan seperti pasangan baru bercinta walaupun sudah lebih setahun berumahtangga.
Buat semua peminat Yusry dan Lisa, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto percutian mereka sekeluarga di Vietnam untuk tatapan anda.