berita

Foto : Liyana Jasmay & Fathuddin Edar Kad Kahwin

January 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tak sampai sebulan dari sekarang, nampaknya selebriti iaitu Liyana Jasmay dan tunangnya bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Ini dapat dilihat apabila kad jemputan majlis perkahwinan pasangan ini sudah mula diedarkan kepada tetamu-tetamu jemputan.

Menerusi kad yang diedarkan, majlis perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin akan berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 2 Februari depan dan dijangka akan dihadiri seramai 2,000 tetamu. Manakala majlis disebelah lelaki pula akan diadakan di Dewan Perdana Felda.

Sebelum ini, kecoh sebentar apabila majlis pernikahan Liyana yang sepatutnya diadakan pada 24 Januari telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bertunang pada 29 Mac 2012.

Sumber : Fariza Saidin

SKIP THIS AD ×