Walaupun sudah hampir sebulan menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Elaine Daly masih lagi diraikan dalam satu majlis perkahwinan yang tak kurang unik di Johannesburg.
Menerusi laman Instagram, Elaine dan suaminya yang juga seorang doktor berasal dari Afrika Selatan itu dilihat sangat meriah dikelilingi masyarakat Afrika dan keluarga di sebelah pihak pengantin lelaki.
Elaine Daly diberi restu perkahwinan ikut cara Afrika
Sebenarnya seronok melihat budaya yang berbeza dengan adat resam kita. Memang sesuatu yang lain apabila Elaine dapat merasai sendiri adat perkahwinan versi Afrika dengan cara diberi restu oleh Sangoma dan diarak dengan tarian signature Shangaan. Semuanya nampak cukup indah sekali.
A truly special day yesterday. Africa is where i grew up and its still my soul. The celebration was actually what I had dreamed of. A Sangoma(african which doctor) blessing our union, Shangaan traditional dancers dancing my wife down the isle, a swazi/shangaan choir and most importantly friends and family. It was an amazing day. #dalybodenwedding #bedifultrip #dalybodentravels #blessed A video posted by Nick Boden (@drnickboden) on
Majlis simple tapi cukup bermakna
Kalau tengok gambar di atas, memang nampak macam sebuah majlis perkahwinan yang simple tapi ianya cukup bermakna buat Elaine yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana menjadikan majlis mereka cukup bermakna. Tak perlu majlis grand untuk menunjukkan kita bahagia, betul tak?