Ekoran insiden serangan tembakan yang berlaku di dua masjid Christchurch kelmarin, portal berita New Zealand akhirnya mendedahkan beberapa keping foto dan nama mangsa yang terkorban. Portal itu juga menyiarkan beberapa foto mangsa yang masih hilang dalam insiden itu.
Mereka yang terkorban terdiri daripada bapa, ibu, atuk, nenek serta anak termasuklah kanak-kanak berusia empat tahun dan 14 tahun. Semua mangsa beragama Islam dan merupakan pelarian dari negara asal mereka.
Sayyad Milne, 14 tahun
Mangsa meninggal dunia di Masjid Al-Noor yang merupakan lokasi kejadian tembakan. Seorang lagi kanak-kanak berusia 4 tahun iaitu Abdullahi Dirie meninggal dunia manakala bapanya, Adan Ibrahim Dirie cedera dan tiga lagi anaknya selamat.
Naeem Rashid dan anaknya, Talha
Husne Ara Parvin, 42 tahun
Haroon Mahmood, 40 tahun
Haji Daoud Nabi, 71 tahun
Amjad Hamid, 57 tahun
Lilik Abdul Hamid
Farhaj Ahsan, 30 tahun
Turut meninggal dunia, Mojammel Hoq, 30 tahun, Mohammad Imran Kahn, 47 tahun dan Linda Armstrong, 65 tahun. Foto mangsa tidak disiarkan lagi setakat ini.
Mangsa yang masih hilang
Manakala mangsa yang dilaporkan masih hilang ialah, Mucad Ibrahim, 3 tahun, Hamza Khaled, 16 tahun, Ansi Karippakulam Alibava, 25 tahun, Vora Ramiz, 28 tahun, Farhaj Ahsan, 30 tahun, Mojammel Hoq, 30 tahun, Syed Jahandad Ali, 34 tahun, Hussain Al-Umari, 36 tahun, Osama Adnan, 37 tahun, Kamel Darwish, 39 tahun, Adelfattah Qasem, 59 tahun dan Ali Elmadani, 66 tahun.
Laporan terbaharu hari ini daripada Berita Harian telah mengesahkan angka mangsa yang meninggal dunia telah meningkat daripada 49 orang kepada 50 orang manakala mangsa yang kritikal meningkat menjadi 11 orang daripada 12 orang.
Sumber: Berita Harian