Rasanya satu Malaysia sudah tahu bahawa jejaka berbadan sado, Awie pernah menjadi tunangan Erra Fazira satu ketika dulu. Tapi, nak buat macam mana, tiada jodoh ketika itu.
Namun, sejak dua menjak ni, mereka kembali dikaitkan bersama. Alaa, apa nak hairan, Awie pun tak pernah menolak kehadiran wanita lain dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan : Anak Awie Menangis, Tak Mahu Tinggal Bersama Rozana
Pagi tadi, perasaan teruja kami melonjak-lonjak melihat foto Awie dan Erra yang dimuat naik di facebook Rotikaya. Nampak sweet je mereka ini.
Difahamkan, foto tersebut diambil ketika majlis pelancaran Teater 3 Ratu semalam. Kalau korang nak tahu, bukan kami je yang teruja, peminat pun sama tau!
Betul juga kata peminat, mana tau jodoh bertaut selepas masing-masing gagal dalam rumahtangga kan? Maklumlah, sejak mereka bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat pasangan ini bersama.
Jika ditakdirkan ada jodoh Awie dan Erra ni, kami sokong je. Iyalah, dua-dua nampak serasi. Tak gitu?