berita

Foto : Marion Caunter Kembali Langsing Selepas Bersalin

December 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-12-05 at 6.01.29 AM

Baru sahaja beberapa bulan lepas Marion Caunter melahirkan cahaya mata keduanya dan kini selebriti terkenal itu sudah kembali langsing dalam masa yang singkat.

Jika dilihat kepada foto-foto dikongsikan oleh Marion di laman Instagram, ramai pengikutnya terkejut dengan penampilan Marion yang semakin hot itu.

Bukan itu sahaja, ibu muda ini turut kelihatan jelita sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Chanel pada malam Selasa lepas.

Screen Shot 2013-12-04 at 18.02.23

Marion (tiga dari kiri) sewaktu di pertunjukan fesyen Chanel

Malah, terdapat segelintir peminat yang menyatakan bentuk badan Marion langsung tidak menyerupai badan seseorang yang baru lepas bersalin.

Nampaknya Marion kini boleh menjadi role model buat ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak untuk memiliki bentuk badan menawan sepertinya.

Screen Shot 2013-12-04 at 17.58.30

Screen Shot 2013-12-04 at 17.58.44

Screen Shot 2013-12-04 at 18.17.38

Untuk pengetahuan anda, Marion dikurniakan dua orang puteri bernama Leia Rose dan Lana menerusi perkongsian hidup dengan ahli perniagaan, Nasarudin Nasimuddin.

Kepada semua pembaca OHBULAN!, jom tengok foto-foto terbaru Marion dan anak-anaknya yang comel di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Marion Caunter

SKIP THIS AD ×