berita

Foto : Marion Caunter Selamat Lahirkan Anak Kedua

November 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Marion Counter

Tahniah diucapkan buat Marion Caunter dan suaminya, Nasarudin Nasimuddin yang telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh mereka di laman sosial masing-masing dengan status berbunyi :

Alhamdulillah. Miss Leia Rose is now officially a big sister. We welcomed her little sis into the world last night. What a blessing. :)

Marion Counter

Foto comel anak Marion Caunter & Nasarudin

Meneliti status yang dimuat naik beberapa minit lalu, difahamkan Marion dan Nasarudin telah bersepakat untuk memberi nama Lana buat bayi comel tersebut.

Untuk makluman, Marion Caunter dan Nasarudin telah selamat diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan sebelum ini mereka telah dikurniakan cahaya mata sulung, Leia Rose pada Disember 2011.

Tahniah sekali lagi diucapkan!

SKIP THIS AD ×