Bagi mereka yang meminati filem Transformers, pastinya kenal dengan aktres seksi, Megan Fox bukan?
Kalau nak tahu, aktres jelita itu kini sedang hamil anak keduanya bersama suami tercinta, Brian Austin Green. Bercakap menerusi laporan media tempatan, Megan akui di awal kehamilannya dia mengalami alahan yang sangat teruk sehingga menganggu rutin hariannya sebagai seorang selebriti.
Namun begitu, segala-galanya kembali normal apabila kandungannya melepasi fasa first trimesters.
Artikel Berkaitan :
- Foto : Megan Fox Sudah Mengandung, Lebih Seksi
- Megan Fox Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, September Lepas
Berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan keduanya, Megan akui amat sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tambahan pula kini dia terpaksa membesarkan anak sulungnya, Noah yang baru berusia 14 bulan dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja dalam jangka masa yang agak lama.
Sekarang ini saya tidak ada masa untuk fikir apakah perbezaan yang sama alami sewaktu hamilkan anak pertama dan kedua. Apa yang pasti, saya rasa sangat sukar untuk mendidik anak berusia setahun dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja selama 16 jam sehari.
Bila berada di rumah, saya akan cuba luangkan masa dengan anak dan gunakan waktu itu dengan sebaik-baiknya. Saya mengaku, memang tak cukup masa untuk lakukan semua kerja dalam satu masa.
Sebagai rujukan, Megan Fox telah berkahwin dengan aktor kacak, Brian Austin Green pada Jun 2010. Hasil perkongsian hidup selama ini mereka telah dikurniakan cahaya mata sulung, Noah Shannon Green pada tanggal 27 September 2012.
Apa pun, jom layan beberapa foto hamil Megan Fox selepas ini :
Sumber : US Magazine