Betul ke orang tua-tua selalu cakap, kalau muka seseorang itu seiras dengan wajah pasangannya, itu tandanya mereka memang ditakdirkan bersama dan panjang jodoh?
Bercakap soal panjang jodoh dan muka seiras, tiba-tiba OHBULAN! ternampak akan sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon jelita, Memey Suhaiza di laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu.
Melalui foto tersebut, penampilan Memey kelihatan sedikit berbeza dan wajahnya pada ketika itu saling tidak tumpah seperti wajah suami tercinta, Norman Hakim.
Nampaknya bukan OHBULAN! sahaja yang perasan akan persamaan tersebut, malah peminat-peminat turut merasakan perkara yang sama.
Dalam pada itu, nampaknya bukan wajah Memey dan Norman sahaja yang kelihatan seiras, malah wajah anak mereka iaitu Darwisz turut dilihat mempunyai persamaan dengan pelakon lelaki tersebut.
Seperti perumpamaan Bahasa Inggeris ada menyebut Like Father, Like Son.
Wajah Norman & Darwisz kelihatan seperti pasangan kembar
Wah, bukan senang nak cari pasangan suami isteri yang mempunyai wajah seiras kan?
Untuk makluman, pasangan ini telah bernikah pada 24 September 2011 dan hasil perkongsian selama hampir dua tahun, mereka telah dikurniakan seorang putera comel yang diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim.
Bayi comel tersebut telah selamat dilahirkan pada 2 Februari 2013.
Apa pun, diharapkan semoga rumah tangga Norman & Memey akan terus berkekalan dan di sini OHBULAN! ingin kongsikan video serta beberapa foto bahagia pasangan romantis tersebut. Jom layan!
Kredit Foto & Video : Instagram Memey & Norman