berita

Foto Mesra Nabila Huda & Nas-T. Tengah Bercinta Ke?

April 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

88207f68948811e2891a22000a9d0ec6_7

Aktres berbakat, Nabila Huda mengaku kini dirinya sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pelakon lelaki iaitu Nas-T.

Menurut Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil, dirinya telah bersedia untuk membawa hubungan mesranya bersama Nas-T ke peringkat yang lebih serius dan akui jejaka tersebut merupakan seorang yang amat memahami dirinya.

“Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari.

“Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T yang begitu menyenangkan dan ‘cool’ membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T begitu memahami saya.”

“Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing ‘kepala gila,’ ujar Abil menerusi laporan Gua.com

Berikut kami selitkan beberapa foto mesra Abil dan Nas-T untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Nabila Huda

SKIP THIS AD ×