berita

Foto : Misha Omar Anggun Gayakan Koleksi Raya Syaiful Baharim

August 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Syaiful Baharim 11

Sempena kedatangan Aidilfitri ini, pastinya ramai pereka fesyen tempatan berlumba-lumba untuk menghasilkan rekaan yang terbaik buat pelanggannya.

Sebagai salah seorang pereka fesyen profesional, Syaiful Baharim telah tampil dengan rekaan terbarunya yang dikenali sebagai Syaiful Baharim’s Syawal Collection, di mana menerusi rekaan kali ini, Syaiful telah memilih penyanyi terkenal, Misha Omar sebagai model untuk menggayakan busana Syawal tersebut.

Syaiful Baharim 8

Menerusi foto yang dipaparkan, Misha Omar kelihatan begitu berbeza dengan personaliti sebenar dirinya, ini kerana solekan yang agak gothic di bahagian mata membuatkan penyanyi ini kelihatan lebih matang dan menggoda.

Busana yang direka ala jubah dan dihiasi dengan jemeki sarat di bahagian leher turut menonjolkan lagi aura glamour dan anggun buat si pemakai di pagi Syawal.

Syaiful Baharim 3

Busana berpotongan kurung moden ini pula kelihatan sungguh menarik dengan rekaan corak yang bermotifkan floral dan ditambah dengan sedikit jemeki di bahagian dada membangkitkan lagi aura elegan buat si pemakai.

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari busana apakah yang sesuai untuk digayakan pada pagi Syawal nanti, ayuh lihat beberapa foto menarik koleksi Syawal Syaiful Baharim selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Syaiful Baharim

SKIP THIS AD ×