berita

Moga Selamat Kembali! Ini Foto Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Jalani Kursus Ketenteraan Di UK

December 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kini sedang menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. Bagaimanapun, berita baik buat anda khususnya rakyat Pahang apabila baginda dikhabarkan akan menamatkan kursus ketenteraan itu pada 13 Disember ini.

Jadi, apa kata kami kongsikan beberapa koleksi foto menarik ketika baginda mengikuti kursus ketenteraan tersebut yang kini hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Jom tengok!

Kursus ketenteraan selama setahun

Untuk makluman, YM Tengku Hassanal mengikuti kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst selama setahun. Baginda telah menjalani kursus itu sejak dari Januari lalu.

Lalui latihan lasak

Sepanjang hampir tempoh setahun menjalani kursus tersebut, baginda telah melalui pelbagai latihan lasak dan mencabar buat dirinya.

Lihat sahaja gambar-gambar ini, kesungguhan baginda sememangnya harus dipuji dan diberikan penghormatan.

Kacaknya!

Bakal berkhidmat di Batalion ke-12

Kalau nak tahu, selepas menamatkan kursus ketenteraan ini, YM Tengku Hassanal dikatakan akan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu.

Sumber: Facebook Kerajaan Negeri Pahang

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×