berita

Foto Momen Mawar Rashid & Raden Yaakob Makan Malam Bersama Pemain Bintang Manchester United

November 16th, 2017 | by Ai
Lensa Insta

Seperti kita semua tahu Mawar Rashid baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama Raden Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti Fazley Yaakob. Orang tua-tua kata masih darah manis lagilah dan ketika ini mereka sedang berbulan madu di United Kingdom.

Raden yang juga Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia telah membawa Mawar menghadiri Manchester United UNICEF Gala Dinner. Wah, bertuah betul Mawar dapat berjumpa dengan pemain bintang kelab tersebut siap makan sekali. Ini beberapa gambar yang baru sahaja dikongsikan oleh mereka menerusi akaun Instagram.

Bergambar pemain bintang MU

Pada makan malam tersebut Mawar dan Raden berkesempatan untuk bergambar dengan para pemain bintang Manchester United. Mesti menangis peminat Manchester United di Malaysia  bila tengok gambar-gambar Mawar ini.

Bulan Madu di United Kingdom

Menerusi satu gambar di Instagram, Radin berkata walaupun masing-masing sebelum ini mempunyai kisah tersendiri, dia tidak akan menemui jalan yang sempurna jika tidak bersama Mawar. Sweet betul kapsyen Radin ni. Jadi sudah alang-alang berada di Manchester, Raden membawa terus Mawar untuk berbulan madu di United Kingdom.

Admin mengucapkan selamat berbulan madu buat Mawar dan Raden serta semoga cepat-cepat mereka dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mawar Rashid, Raden Yaakob

SKIP THIS AD ×