berita

Foto Musim Bunga Izara Aishah Gadis Penghias GLAM

February 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

izara aisyah glam

Mempunyai wajah yang cantik adalah salah satu aset dan daya penarik yang ada dalam diri selebriti, Izara Aishah. Dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri, ‘Vanilla Coklat’, Izara Aishah telah memikat hati ramai penonton dengan telatah dan lakonannya.

Bakal mececah umur 21, tahun ini, Izara telah dipilih khas sebagai selebriti penghias majalah Glam yang menyaksikan Maya Karin sebagai muka depan untuk isu Februari yang lepas.

Tampak anggun dibaluti dress putih Gucci, Izara sememangnya mempunyai aura tersendiri untuk Glam edisi musim bunga, Mac 2013. Jangan lupa dapatkan satu untuk koleksi anda apabila Glam isu Mac sudah di pasaran nanti.

Sumber : Facebook Glam

SKIP THIS AD ×