berita

Foto : Nabil Masih Belum Fikir Nama Anak Perempuannya

November 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahniah! buat pengacara dan pelawak terkenal Ahmad Nabil Ahmad, 29 dengan kehadiran puteri pertamanya pagi semalam.

Menurut pelawak terkenal ini, isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.67kg di Klinik Umra, Shah Alam pada jam 8.40 pagi.

Nabil ketika dihubungi oleh pihak OHBULAN! petang semalam telah mengesahkan berita tersebut dan melahirkan rasa gembira serta teruja dengan kelahiran cahaya mata pertama.

Dalam pada itu, Nabil turut memaklumkan bahawa isterinya, Nazirah Ayub bakal berpantang di rumah ibu mertuanya di Klang, Selagor.

Menurut laporan sebelum ini, Nabil pernah menyuarakan hasrat untuk menggunakan khidmat tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh berpantang.

Saya rasa terperanjat, gembira dan bertambah teruja sangat. Sebenarnya isteri saya telah mula sakit pada jam 3 pagi lagi. Sepanjang tempoh pantang, isteri saya akan duduk dengan mak mertua saya di Klang dan setakat ini belum fikirkan lagi nama untuk ‘baby.’

Untuk makluman, Nazirah dijadualkan pulang ke rumah pada hari ini.

Nabil dan Nazirah telah bernikah pada 30 September 2011. Majlis resepsi mereka yang berkonsepkan ‘Fantasy Wonderland’ telah diadakan di I-City, Shah Alam pada 2 Oktober 2011.

SKIP THIS AD ×